Author

Saturday, April 20, 2013

Muroqobah Allah

Muroqobah berasal daripada bahasa arab bermaksud pengawasan dan pada istilah bermaksud merasai perasaan bahawa Allah mengawasi setiap gerak geri kita, perasaan kita sekalipun sebarang perjara yang terlintas di dalam hati.

Dalam hadis kedua daripada hadis arbain karangan imam nawawi, antaranya ada menyebut mengenai ihsan iaitu melakukan amal seperti kita melihat Allah atau seperti Allah melihat kita

Sekiranya perkara ini yang kita bayangkan, maka kita tidak berani untuk melakukan perkara maksiat hatta perkara yang melalaikan diri daripada mengingati Allah. Dunia dirasakan seperti sementara waktu dan akhirat ibarat kediaman seumur hidup apabila kita sedar pengakhiran hidup kita. Di akhirat kelak digambarkan segala amalan kita akan ditayangkan kepada semua orang, segala kejahatan akan dibuka dan adakah kita dapat gambarkan perasaan kita ketika berada di mahkamah Allah itu?

Nabi pernah menyebut bahawa seseorang itu tidak akan mencuri ketika mana dia mukmin iaitu hatinya tenang merasakan muroqobah Allah. Hatinya sungguh terbuka untuk menerima sebarang teguran yang membawanya kepada agama kita dia dia memahami bahawa nasihat itu dapat membaiki dirinya dari perkara yang melalaikan.

Umar al-khattab ada berkata حاسبوا انفسكم قبل ان تحاسبوا iaitu hisaplah diri kamu sebelum kamu dihisapkan. Seorang yang hati tenang merasai muroqobah Allah Akan sentiasa memuhasabahkan dirinya kerana dia faham manusia sentiasa lalai dan memerlukan muhasabah untuk membaiki diri.

Ada sebuah cerita yang diceritakan oleh nabi berkenaan seorang pencuri yang sering kali mencuri sehingga jirannya ada menegurnya tetapi dia meneruakan kerja jahatnya. Suatu hari dia berjumpa dengan seorang yang miskinyang mana dia menganggap sorg miskin tersebut akan mengikutnya curi sekali kerana kemiskinannya. Ketika mereka cuba untuk mencuri sebuah rumah, pencuri tersebut meminta orang miskin tersebut memberi amaran sekiranya ada orang lain datang, ketika pencuri tersebut mencuri, org miskin tersebut memanggilnya seolah-olah akan ada orang datang ,lalu pencuri tersebut keluar dan dilihatnya tiada orang di liar lalu bertanya pencui tersebut pada org miskin, "mana ada org?" lalu pencuri tersebut berkata bahawa bukankah Allah maha melihat setiap apa yg kita lakukan? Lalu pencuri tersebut bertaubat

Pengajaran yang boleh kita ambil daripada cerita tersebut sangat berkait rapat dengan muroqobah yang dimaksudkan. Kita tidak akan berani untuk berbuat maksiat kerana merasai ada sesuatu yang memerhati.

Antara praktikiliti yang boleh dipraktiskan adalah qiamullail. Dimana waktu malam tiada siapa yg melihat melainkan harapan kita Allah yang melihat amalan kita. Semoga Allah mengampuni segala dosa kita

Sunday, April 14, 2013

Perjalanan menuju akhirat

Bila kita lihat dunia ini , alam semesta, planet-planet sungguh seimbang dan tiada kecacatan. Tiada langsung lubang-lubang atau ketidakseimbangan walau sedikit.

Planet-planet begitu teratur berputar dalam paksinya. Tidak keluar dari paksinya, dan begitu seimbang kerana paksi tersebut. Begitu juga agama islam datang pada manusia untuk meletakkan manusia pada yang asal atau pada keseimbangan yang sebenar. Agama tersebut ibarat paksi dan planet tersebut ibarat manusia yang sangat memerlukan paksi untuk berputar dengan baik. Sebaliknya dapatkah kita bayangkan sekiranya keluar dari orbit ini? Maka bertembunglah planet ini satu sama lain dan rosaklah ia. Manusia tanpa agama atau quran dan sunah akan hidup tidak tentu hala.

Hidup ini merupakan sebuah perjalanan menuju akhirat dan akhir sekali sama ada ke syurga atau neraka.
فالهمها فجورها وتقواها قد افلح من ذكاها وقد خاب من دساها
Ayat quran

Seharian hidup kita ini perlu dimuhasabahkan adakah menunjukkan kita dalam perjalanan ke akhirat, iaitu tempat pengakhirat bagi semua makhluk. Sekiranya kita memang mengangap kehidupan sedemikian, maka kita tidak akan ada masa untuk melakukan segala maksiat dan perkara yang melalaikan akan sehabis mungkin dielakkan.

Jika kita reflex balik semua kehidupan kita, berapa banyak waktu kita ingat pada Allah, dan berapa banyak kali pula kita lalai daripadanya.

Ya Allah thabitkanla diriku sentiasa ingat padamu...

episodic memory

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...