Author

Friday, October 25, 2013

Berani untuk Berubah

Dipetik daripada novel ringkas 'Who Moved my Cheese', karangan Spencer Johnson ingin saya kongsikan berkenaan dengan perubahan. 

Cerita bermula dengan sebuah kisah 2 ekor tikus bernama Sniff dan Scurry dan juga 2 orang bernama Hem dan Haw. Sniff merupakan seekor tikus yang cepat menghidu perubahan manakala scurry merupakan seekor tikus yang cepat membuat tindakan. Haw seorang yang takut melakukan perubahandan belajar dari pengalaman sebelum berani berubah manakala Hem seorang yang takut untuk berubah.

Di sebuah Maze, mereka perlu mencari cheese untuk meneruskan kehidupan. Keju dalam cerita ini merujuk kepada apa yang kita inginkan dalam kehidupan; kejayaan dalam kerjaya, hubungan percintaan, kekayaan, gembira dengan kehidupan, kesihatan dan lain-lain. Mereka mencari keju dan mengutip sedikit keju ditepi jalan untuk meneruskan hidup sebelum mereka jumpa dengan stesen keju C yang mempunyai banyak keju yang sedap. 

Sniff dan Scurry melilit kasutnya disekeliling lehernya bersedia sebarang kemungkinan. Hem dan Haw selesa ditempat tersebut sehingga membuat perumahan di kawasan terdekat dan pergi ke stesen setiap pagi. Pada awalnya Hem dan Haw bergerak awal pagi dengan semangat dan makin hari mereka datang dengan lenggang dan perlahan serta berselipar kerana meyakini keju tersebut sentiasa ada. Sebaliknya Sniff dan Scurry sentiasa bergerak awak dan menghidu sebarang perubahan walau sedikit dan sentiasa membawa kasut bersama mereka.

Suatu hari keju makin habis dan rasanya semakin kurang enak, Sniff dan Scurry dengan tanpa ragu-ragu meninggalkan Stesen Keju C. Mereka terus memakai kasut yang dililit sekitar lehernya dan mencari stesen baru. Hem dan Haw sebaliknya ragu-ragu untuk meninggalkan tempat tersebut dengan harapan keju akan bertambah pada masa hadapan. Fikiran kompleks manusia sering mencari salah siapa, kenapa jadi begini, keju mungkin tersorok dan sebagainya. Akhirnya mereka kekal di situ, berlagi-pagian setiap hari kelaparab kerana keju tersebut masih tiada.

Sniff dan Scurry akhirnya terjumpa dengan Stesen Keju baru. Stesen keju tersebut lebih banyak, sedap dan lebih banyak jenis keju yang ada. Sniff dan Scurry sungguh gembira dan masih melakukan lerkara sama untuk bersedia sebarang perubahan.

Haw akhirnya belajar untuk berubah kerana dia percaya jika dia tidak berubah maka mereka akan kekal kelaparan sepanjang hari dan mereka akan pupus. "If we don't change, we will extinct". Akhirnya Haw mengajak Hem untuk mencari keju baru. Hem menolak dan Haw bergerak sendirian di Maze. Banyak yang Haw terfikir dan belajar sepanjang perjalanan mengenangkan kemungkinan 2 ekor tikus mungkin sudah memperolehi  keju tersebut. Apa-apa yang Haw belajar akan dicatatkan di sepanjang di dinding Maze dengn harapan Hem akan dapat mencarinya sekiranya dia berubah hati. Akhirnya Haw berjumpa dengan Stesen Keju baru yang ditemui Sniff dan Scurry yang lebih sedap, banyak dan pelbagai. 

Haw belajar untuk menghidu sebarang perubahan dan berani untuk berubah pada masa akan datang. Dia bersyukur dan mengharapkan sahabatnya untuk menjumpainya juga. 

Dalam 2, 3 hari kemudian, tiba-tiba, muncul seorang yang datang ke stesen tersebut...dia ialah...



 

Dalam dunia realiti, keempat-empat watak tersebut dipunyai oleh manusia. Ada manusia yang mudah untuk berubah dan ada yang sukar. Kebanyakkan manusia zaman sekarang adalah Hem dan Haw. Takut untuk membuat perubahan. Jadi nilai diri anda, anda di pihak yang mana?


Friday, October 4, 2013

Takabur

Takabur berasal daripada perkataan bahasa arab bermaksud membesarkan atau sombong. Sifat ini antara sifat mazmumah yang dimiliki oleh iblis di zaman nabi Adam yang telah dirakamkan dalam ayat quran dalam surah al-Israa ayat 61

وَإِذْ قُلْنَا لِلْمَلَائِكَةِ اسْجُدُوا لِآدَمَ فَسَجَدُوا إِلَّا إِبْلِيسَ قَالَ أَأَسْجُدُ لِمَنْ خَلَقْتَ طِينًا

Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Kami berfirman kepada malaikat: Sujudlah kamu kepada Adam; maka mereka sujudlah melainkan iblis; dia berkata: Patutkah aku sujud kepada (makhluk) yang Engkau jadikan dari tanah (yang di adun)?


Iblis enggan untuk sujud pada nabi Adam kerana dia diciptakan daripada api manakala Adam diciptakan daripada tanah. Sifat angkuh kepada makhluk ini harus diambil iktibar oleh kita, janganlah kita angkuh, sombong dan takabur kepada makhluk lain kerana beza kita dan mereka hanyalah taqwa.

Mungkin kita tidak perasan satu perkara, kita yang bakal menjadi doktor, engineer, accountant, businessman dan apa-apa kerjaya yang profesional. Adakah pernah terdetik dalam hati kita bahawa kita lebih mulia darjat daripada mereka yang biasa? Astaghfirullah, hanya peringatan untuk diri ini dan para pembaca nauzubillah. Juga berkenaan dengan bangsa, bukanlah bangsa melayu itu lebih mulia daripada bangsa lain melainkan dengan taqwa berdasarkan surah Al-Hujurat ayat 13

إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِندَ اللهِ أَتْقَاكُمْ إِنَّ اللهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ.....

Dalam sebuah hadis 

وفي السنن عن النبي صلى الله عليه وسلم أنه قال : لا فضل لعربي على عجمي ، ولا لعجمي على عربي ، ولا لأبيض على أسود ، ولا لأسود على أبيض - : إلا بالتقوى ، الناس من آدم ، وآدم من تراب 

"Tiada kelebihan bagi orang arab ke atas orang selain arab, dan orang selain arab keatas orang arab, orang yang cerah pada yang gelap, orang gelap pada yang cerah melainkan taqwa."

Dalam hadis lain

“Tidak akan masuk neraka, orang yang di dalam hatinya ada seberat sebiji sawi darinya iman, dan tidak akan masuk syurga yang di dalam hatinya ada seberat biji sawi darinya sombong.” (Hadis riwayat Muslim dan Abu Daud)






    Wednesday, October 2, 2013

    Mind for success

    Diri boleh termotivasi jika minda kita kita selari dengan perbuatan kita. Key words yang penting adalah
    T,F,C,A . T-think, F-feel, C-communication, A-action. T,F,C,A perlu selari untuk mendapatkan R iaitu result atau dengan cara mudah T+F+C+A=R . No matter what is your profession is or what is your passion, if you have these align, you will have the result. Mungkin ayat ini terlalu iasa bagi siapa yang sering menghadiri program-program motivasi tapi perkara inilah yang penting untuk mendapatkan result yang baik. 

    Think atau berfikir bermaksud, idea, ilmu dan pengalaman. Fikirkan kejayaan apa yang kita inginkan dan bagaimana untuk mendapatkannya.

    Feel atau perasaan adalah perlu ada rasa suka, excited, merasakan yang kita benar-benar mahukan kejayaan tersebut. Cuba rasakan yang kita memang akan dapat kejayaan tersebut dan bayngkan gambaran kejayaan kita.

    Communication atau komunikasi adalah your mouth always say 'yes' and never say 'no'. Hal ini akan menyebabkan our feel and think toward success is better. Jangan sekali-kali kata "tak tahu, tak reti", tapi katakan "bagaimana mahu buat?"

    Action atau tindakan adalah kesan daripada penolakan daripada T,F,C yang menolak tindakan. All we need is our first step dan step yang lain akan menyusul kemudian dengan syarat kena maintain kekuatan. 

    Untuk lebih faham, saya sertakan conoh kisah benar yang pernah berlaku pada seseorang investor. Dia mengidamkan untuk mendapat sebuat BMW mewah (think). Dia membayangkan bahawa dia akan membawanya pada masa akan datang. Dia membayangkan dengan sebenar-benarnya yang dia  akan membawa kereta tersebut (feel) dan dia katakan dia boleh (communication). Dia terus memulakan langkah pertama untuk berjaya (action).
    *kisah diubah-suai bagi memudahkan pemahaman.

    Kesimpulanya, T+F+C+A=R

    ----------------------

    Sedar atau tidak equation ini seperti iman. Apakah maksud iman? Iman adalah kepercayaan dalam hati, disebut melalui lidah dan dibuktikan melalui amalan. Kepercayan ini adalah our think and feel. Lidah adalah communication dan action adalah amalan.

    Sungguh penemuan manusia ini telah ada dalam agama islam 1400 tahun yang lepas. Subhanallah!

    So sekarang, fikirkan apa yang anda benar-benar mahu, rasakan kejayaan tersebut memang akan perolehi, sentiasa katakan 'yes'! dan mulakan tindakan!







    episodic memory

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...