Author

Sunday, September 29, 2013

RM 500 yang paling bernilai dalam dunia!

Progra27, 28, 29 hb Oktober adalah antara hari yang paling bermakna dalam sejarah hidup saya apabila saya berjaya menghadiri program Intensif Jutawan Industri (IJI) anjuran Richworks yang menampilkan Dr. Azizan Osman sebagai speaker utama. 

Utamanya ingin saya katakan Rickwork merupakan antara badan yang banyak menyumbang kepada Madrasah-madrasah dan rumah-rumah anak yatim. 

Kenapa saya katakan RM 500 yang bernilai? Sebenarnya saya sungguh berat untuk menghadiri program ini kerana RM 500 adalah terlalu tinggi bagi saya yang masih belajar di Universiti. Tapi, kerana ingin mengurangkan sedikit beban orang lain yang yuran asalnya adalah Rm 997 seorang, saya tetap hadir dalam program ini. Lepas malam pertama program, pandangan saya terus berubah apabila program ini telah membuka minda bertapa luas terbentangnya rezeki yang maha Esa. It was just a choice to make if you want to change your life. Dunia sekarang bukan hanya bekerja makan gaji, tetapi why not kita yang menggajikan orang?

Antara perkara yang ditekankan dalam program tersebut adalah passion with what we do. Adakah anda passion dengan apa yang anda buat sekarang? Adakah anda gembira dengan pencapaian anda sekrang? Adakah anda enjoy dengan kerja anda sekarang? Antara yang ditekankan Dr Azizan adalah the power of passion can change your life. Dan passion saya sebenarnya adalah bakery, melukis dan khat. Why not make those things profitable? 

Sungguh minda saya terbuka luas dengan rezeki Allah yang sungguh luas. Kita tidak akan rasa perkara ini jika kita makan gaji.

Sebenarnya background saya adalah medical student yang ditanamkan dari kecil untuk menjadi doktor oleh abang-abang saya. Saya bina sikit-sikit minat saya dalam profession ini, tetapi minat ini tidak terlalu kuat berbanding my actual passion. By hook or by crook, saya akan graduate sebagai doktor dan saya akan serius berbisnes selepas itu.

Ya Allah ya Razzak, bukakanlah dan permudahkankah jalan ini!

I'll share some of the knowledge i got during IJI in the next post..


episodic memory

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...