KEDUDUKAN TANGAN KETIKA SOLAT
Mengenai kedudukan tgn kite semasa solat ketika berdiri. Semasa solat kite ade nmpk pelbagai ragam kedudukan tgn yg dibuat oleh masyarakat kite. Sebenarnye terdapat banyak pendapat mengenai perkare ini. Pada zaman rasulullah, kedudukan tgn juga brbeza dalam kalangan sahabat rasulullah.
a)Kedudukan tgn Saidina Abu Bakar ialah di dada. Rasulullah bertanya pd beliau. Mengapa engkau berbuat demikian? Beliau menjawab "ak ingin menjaga hatiku ini yg sering lupa akan Allah." Lalu Rasulullah membenarkannye.
b)Kedudukan tangan Saidina Umar pula ialah berada di perut. Maka Baginda Rasulullah bertanyakn pd Umar, Mengapa berbuat demikian? Jwb Saidina Umar, ak sering lalai dgn nikmat Allah dgn makanan dan minuman dalam perutku. Rasulullah membenarkannya.
c)Kedudukan tangan Saidina Uthman pula adalah di atas kemaluan beliau. Maka Rasulullah bertanya kepada beliau, mengapa berbuat demikian? Maka Saidina Uthman menjawab "ak malu dgn Allah dgn kemaluanku ini." Lalu Rasulullah membenarkannya.
d)Kedudukan tangan Saidina Ali pula adalah di sisi badannya. Maka ditanya Rasulllah kepadanya mengapa berbuat demikian? "Saidina Ali menjawab ak mengikutimu ya Rasulullah.".
Pendapat Imam Syafie
1)Di perut (perkara yang selalu dipraktiskan kebanyakan daripada kita)
2)Di sisi badan (jangan trkejut klu ade imam yg berbuat begini kerana ini
adalah pendapat kedua imam Syafie)
KEDUDUKAN SAF SOLAT BERJEMAAH
Kita sering melihat saf antara jemaah putus-putus. Adakah solat kita sempurna?Lurus dan rapatkan saf merupakan suatu kesempurnaan solat.
- Saf mestilah lurus.
- Kaki hendaklah bercantum antara jemaah. Caranya ialah dengan membuka kaki seluas bahu kita supaya bahu kita juga bercantum dengan jemaah lain. (Allah akan menyatukan hati-hati orang mukmin dengan berbuat demikian, sumber akh-hafiz dr hadith ke pndapat ulama', x pasti)
- Tangan perlu bercantum antara satu sama lain.
Tambahan daripada sumber lain, ada saintis yang membuat kajian dan terkejut kerana melalui kajiannya, dia mendapati apabila saf umat islam bercantum, maka akan ada pengaliran caj positif dan negatif antara jemaah untuk menyeimbangkan antara satu sama lain. Selain itu bilangan rakaat juga memainkan peranan;
- solat subuh, 2 rakaat kerana kita baru bangun daripada tidur.
- solat zohor, 4 rakaat kerana setelah penat kita bekerja daripada pagi hingga petang.
- solat asar, 4 rakaat kerana juga penat bekerja antara waktu zohor dan asar.
- solat maghrib, 3 rakaat kerana masa antara waktu asar dan maghrib tidak begitu lama.
- solat isyak pula 4 rakaat kerana untuk menghadapi waktu malam yang panjang.
Dr ust. Zul, semasa qamat, bilal tidak perlu berkata ''saf" seperti mana yang kite selalu dengar kerana perkara tersebut harus dilakukan oleh imam itu sendiri.
SEMASA BERDOA
Semasa berdoa, kita hendaklah mendoakan kebaikan diri kita sendiri dan orang lain kerana terdapat sebuah cerita mengenainya; Iblis yang dulunya adalah malaikat merupakan salah satu pemimpin malaikat pada waktu seketika dahulu. Pada suatu hari, tersebar suatu perkara iaitu salah seorang daripada mereka (malaikat) akan berpaling tadah daripada mentaati perintah Allah. Maka banyak malaikat lain meminta Malaikat ni (Iblis) supaya mendoakan malaikat lain supaya tidak tergolong dalam golongan yang diperkatakan sebentar tadi. Dia pun berdoa tetapi lupa untuk mendoakan dirinya sendiri. Akhirnya golongan yang diperkatakan sebentar tadi merupakan diri dia sendiri. Moralnya, kita hendaklah mendoakan diri kita dan orang lain semasa doa.