Author

Friday, March 13, 2015

Hanya sekadar meluahkan perasaan

Saya tidak tahu adakah blog ni masih ada pembaca tetapi post ini hanya bertujuan untuk diri sendiri, tidak lebih dari itu. Jika anda membaca ini lebih baik hanya terhenti di sini sahaja.

Hoi kau tu yang malas, kau tak tahu ke dunia ni sementara, dunia hanya tempat ko usaha untuk sampai akhirat, dunia hanya fana! Kenapa masih malas! Kau tak fikir ke keadaan kau kat akhirat macam mana? Macam mana kau ingin jumpa nabi nanti, adakah kau mampu jumpa dengan nabimu? Adakah Allah masih lagi melihat amalanmu? Adakah amalanmu yang diterima? Kau nak tersiksa kat kat dunia akhirat ke? Berapa banyak lagi dosa yang kau nak buat? Tak cukup gelap ke hati kau tu? 

         ***************************************

Ingatlah mati tak mengenal usia, kau mungkin tulis ini adalah tulisan terakhir sebelum kau meninggal dunia, mungkin juga tidak sempat menghabiskan post ini juga..adakah kau masih ingin bermalas-malas sedangkan syurga atau neraka tempat yang pasti? Mintalah keampunan daripadaNya, ingatlahNya sentiasa dalam zikirmu, laksanakanlah tanggungjawabmu sebagai hamba, daie, anak, pelajar, dan doktor. Ubahlah dari sekarang. Tingkatkanlah himmah kamu untuk menuju syurga firdaus. Nak tak nak untuk dapatkannya kena mula dari sekarang. 

"either you stay there and rot, or you do something"

Masalah kamu tu..kecil sahaja berbandingkan Tuhanmu yang Maha Bijaksana. Setiap daripada hambaNya akan diuji, dan masalah ini antara ujian yang perlu kamu harungi dan mungkin dengan ujian inilah yang akan mendekatkan dirimu pada yang Maha Kuasa. Tingkatkan himmah kamu untuk menuju Tuhanmu dan insyaAllah kamu akan melupakan masalahmu itu. Lakukanlah segala perkara yang diajar kepadamu oleh utusanNya Nabi Muhammad Rasulullah s.a.w tertutamanya sunnah yang terbesar iaitu dakwah kepada yg Esa. Kurangkanlah masa kosongmu dengan perkara yang lalai, kurangkan masa tidurmu, sentiasa isi masamu itu dengan amalan yang ingin dibawa olehmu diakhirat kelak termasuklah study, baca bahan dan dakwah. 

Kau sering dengar mengenai maratib amal dan sebagainya. Memang kena bermula dengan dirimu. Jadikanlah dirimu itu individu yang betul-betul muslim, mukmin dan mujahid. Islam tidak memerlukan dirimu, tetapi dirimulah itu yang sangat memerlukan padanya.


PERLU BERMULA DARI SEKARANG! SEKARANG! SEKARANG!

            *****************************************

Susun masa, rancang masa hadapan, jadilah hamba Allah dalam setiap urusan.

            *****************************************

Untuk bacaan ketika futur

Monday, October 20, 2014

10 Wasiat Imam Syafie Kepada Muridnya

Berikut ialah antara kandungan wasiat itu: “Sesiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat, maka hendaklah ia mengamalkan sepuluh perkara.”
Pertama: Hak kepada diri – mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.
Kedua: Hak kepada malaikat maut – mengqandakan kewajipan yang tertinggal , mendapatkan kemaafan dari orang yang dizalimi, membuat persediaan untuk mati dan berasa cinta kepada Allah.
Ketiga: Hak kepada kubur – membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat tahajud dan membantu orang yang dizalimi.
Keempat: Hak kepada Munkar dan Nakir – tidak tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.
Kelima: Hak kepada Mizan (Neraca Timbangan Amalan Pada Hari Akhirat) – menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesulitan.
Keenam: Hak kepada Sirat (titian yang merentangi neraka pada hari akhirat) – membuang tabiat suka mengumpat, warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.
Ketujuh: Hak kepada Malik (Malaikat Penjaga Neraka) – menangis lantaran takut kepada Allah SWT, berbuat baik kepada ibu bapa, bersedekah ketika terang-terangan serta sembunyi dan memperelokkan akhlak.
Kelapan: Hak kepada Ridhwan (Malaikat Penjaga Syurga) – berasa reda kepada qada Allah, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas hikmat Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat.
Kesembilan: Hak Kepada Nabi saw – bersalawat ke atasnya, berpegang dengan syariat, bergantung kepada as-sunnah (hadis) menyayangi sahabat dan bersaing dalam mencari kelebihan daripada Allah.
Kesepulu: Hak kepada Allah SWT – mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia daripada keburukan, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan
Nasihat untuk diri yang lalai. Moga bermanfaat. Dipetik dari http://myibrah.com/10-wasiat-imam-syafie-kepada-muridnya

Friday, October 25, 2013

Berani untuk Berubah

Dipetik daripada novel ringkas 'Who Moved my Cheese', karangan Spencer Johnson ingin saya kongsikan berkenaan dengan perubahan. 

Cerita bermula dengan sebuah kisah 2 ekor tikus bernama Sniff dan Scurry dan juga 2 orang bernama Hem dan Haw. Sniff merupakan seekor tikus yang cepat menghidu perubahan manakala scurry merupakan seekor tikus yang cepat membuat tindakan. Haw seorang yang takut melakukan perubahandan belajar dari pengalaman sebelum berani berubah manakala Hem seorang yang takut untuk berubah.

Di sebuah Maze, mereka perlu mencari cheese untuk meneruskan kehidupan. Keju dalam cerita ini merujuk kepada apa yang kita inginkan dalam kehidupan; kejayaan dalam kerjaya, hubungan percintaan, kekayaan, gembira dengan kehidupan, kesihatan dan lain-lain. Mereka mencari keju dan mengutip sedikit keju ditepi jalan untuk meneruskan hidup sebelum mereka jumpa dengan stesen keju C yang mempunyai banyak keju yang sedap. 

Sniff dan Scurry melilit kasutnya disekeliling lehernya bersedia sebarang kemungkinan. Hem dan Haw selesa ditempat tersebut sehingga membuat perumahan di kawasan terdekat dan pergi ke stesen setiap pagi. Pada awalnya Hem dan Haw bergerak awal pagi dengan semangat dan makin hari mereka datang dengan lenggang dan perlahan serta berselipar kerana meyakini keju tersebut sentiasa ada. Sebaliknya Sniff dan Scurry sentiasa bergerak awak dan menghidu sebarang perubahan walau sedikit dan sentiasa membawa kasut bersama mereka.

Suatu hari keju makin habis dan rasanya semakin kurang enak, Sniff dan Scurry dengan tanpa ragu-ragu meninggalkan Stesen Keju C. Mereka terus memakai kasut yang dililit sekitar lehernya dan mencari stesen baru. Hem dan Haw sebaliknya ragu-ragu untuk meninggalkan tempat tersebut dengan harapan keju akan bertambah pada masa hadapan. Fikiran kompleks manusia sering mencari salah siapa, kenapa jadi begini, keju mungkin tersorok dan sebagainya. Akhirnya mereka kekal di situ, berlagi-pagian setiap hari kelaparab kerana keju tersebut masih tiada.

Sniff dan Scurry akhirnya terjumpa dengan Stesen Keju baru. Stesen keju tersebut lebih banyak, sedap dan lebih banyak jenis keju yang ada. Sniff dan Scurry sungguh gembira dan masih melakukan lerkara sama untuk bersedia sebarang perubahan.

Haw akhirnya belajar untuk berubah kerana dia percaya jika dia tidak berubah maka mereka akan kekal kelaparan sepanjang hari dan mereka akan pupus. "If we don't change, we will extinct". Akhirnya Haw mengajak Hem untuk mencari keju baru. Hem menolak dan Haw bergerak sendirian di Maze. Banyak yang Haw terfikir dan belajar sepanjang perjalanan mengenangkan kemungkinan 2 ekor tikus mungkin sudah memperolehi  keju tersebut. Apa-apa yang Haw belajar akan dicatatkan di sepanjang di dinding Maze dengn harapan Hem akan dapat mencarinya sekiranya dia berubah hati. Akhirnya Haw berjumpa dengan Stesen Keju baru yang ditemui Sniff dan Scurry yang lebih sedap, banyak dan pelbagai. 

Haw belajar untuk menghidu sebarang perubahan dan berani untuk berubah pada masa akan datang. Dia bersyukur dan mengharapkan sahabatnya untuk menjumpainya juga. 

Dalam 2, 3 hari kemudian, tiba-tiba, muncul seorang yang datang ke stesen tersebut...dia ialah...



 

Dalam dunia realiti, keempat-empat watak tersebut dipunyai oleh manusia. Ada manusia yang mudah untuk berubah dan ada yang sukar. Kebanyakkan manusia zaman sekarang adalah Hem dan Haw. Takut untuk membuat perubahan. Jadi nilai diri anda, anda di pihak yang mana?


Friday, October 4, 2013

Takabur

Takabur berasal daripada perkataan bahasa arab bermaksud membesarkan atau sombong. Sifat ini antara sifat mazmumah yang dimiliki oleh iblis di zaman nabi Adam yang telah dirakamkan dalam ayat quran dalam surah al-Israa ayat 61

وَإِذْ قُلْنَا لِلْمَلَائِكَةِ اسْجُدُوا لِآدَمَ فَسَجَدُوا إِلَّا إِبْلِيسَ قَالَ أَأَسْجُدُ لِمَنْ خَلَقْتَ طِينًا

Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Kami berfirman kepada malaikat: Sujudlah kamu kepada Adam; maka mereka sujudlah melainkan iblis; dia berkata: Patutkah aku sujud kepada (makhluk) yang Engkau jadikan dari tanah (yang di adun)?


Iblis enggan untuk sujud pada nabi Adam kerana dia diciptakan daripada api manakala Adam diciptakan daripada tanah. Sifat angkuh kepada makhluk ini harus diambil iktibar oleh kita, janganlah kita angkuh, sombong dan takabur kepada makhluk lain kerana beza kita dan mereka hanyalah taqwa.

Mungkin kita tidak perasan satu perkara, kita yang bakal menjadi doktor, engineer, accountant, businessman dan apa-apa kerjaya yang profesional. Adakah pernah terdetik dalam hati kita bahawa kita lebih mulia darjat daripada mereka yang biasa? Astaghfirullah, hanya peringatan untuk diri ini dan para pembaca nauzubillah. Juga berkenaan dengan bangsa, bukanlah bangsa melayu itu lebih mulia daripada bangsa lain melainkan dengan taqwa berdasarkan surah Al-Hujurat ayat 13

إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِندَ اللهِ أَتْقَاكُمْ إِنَّ اللهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ.....

Dalam sebuah hadis 

وفي السنن عن النبي صلى الله عليه وسلم أنه قال : لا فضل لعربي على عجمي ، ولا لعجمي على عربي ، ولا لأبيض على أسود ، ولا لأسود على أبيض - : إلا بالتقوى ، الناس من آدم ، وآدم من تراب 

"Tiada kelebihan bagi orang arab ke atas orang selain arab, dan orang selain arab keatas orang arab, orang yang cerah pada yang gelap, orang gelap pada yang cerah melainkan taqwa."

Dalam hadis lain

“Tidak akan masuk neraka, orang yang di dalam hatinya ada seberat sebiji sawi darinya iman, dan tidak akan masuk syurga yang di dalam hatinya ada seberat biji sawi darinya sombong.” (Hadis riwayat Muslim dan Abu Daud)






    episodic memory

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...