Author

Friday, October 25, 2013

Berani untuk Berubah

Dipetik daripada novel ringkas 'Who Moved my Cheese', karangan Spencer Johnson ingin saya kongsikan berkenaan dengan perubahan. 

Cerita bermula dengan sebuah kisah 2 ekor tikus bernama Sniff dan Scurry dan juga 2 orang bernama Hem dan Haw. Sniff merupakan seekor tikus yang cepat menghidu perubahan manakala scurry merupakan seekor tikus yang cepat membuat tindakan. Haw seorang yang takut melakukan perubahandan belajar dari pengalaman sebelum berani berubah manakala Hem seorang yang takut untuk berubah.

Di sebuah Maze, mereka perlu mencari cheese untuk meneruskan kehidupan. Keju dalam cerita ini merujuk kepada apa yang kita inginkan dalam kehidupan; kejayaan dalam kerjaya, hubungan percintaan, kekayaan, gembira dengan kehidupan, kesihatan dan lain-lain. Mereka mencari keju dan mengutip sedikit keju ditepi jalan untuk meneruskan hidup sebelum mereka jumpa dengan stesen keju C yang mempunyai banyak keju yang sedap. 

Sniff dan Scurry melilit kasutnya disekeliling lehernya bersedia sebarang kemungkinan. Hem dan Haw selesa ditempat tersebut sehingga membuat perumahan di kawasan terdekat dan pergi ke stesen setiap pagi. Pada awalnya Hem dan Haw bergerak awal pagi dengan semangat dan makin hari mereka datang dengan lenggang dan perlahan serta berselipar kerana meyakini keju tersebut sentiasa ada. Sebaliknya Sniff dan Scurry sentiasa bergerak awak dan menghidu sebarang perubahan walau sedikit dan sentiasa membawa kasut bersama mereka.

Suatu hari keju makin habis dan rasanya semakin kurang enak, Sniff dan Scurry dengan tanpa ragu-ragu meninggalkan Stesen Keju C. Mereka terus memakai kasut yang dililit sekitar lehernya dan mencari stesen baru. Hem dan Haw sebaliknya ragu-ragu untuk meninggalkan tempat tersebut dengan harapan keju akan bertambah pada masa hadapan. Fikiran kompleks manusia sering mencari salah siapa, kenapa jadi begini, keju mungkin tersorok dan sebagainya. Akhirnya mereka kekal di situ, berlagi-pagian setiap hari kelaparab kerana keju tersebut masih tiada.

Sniff dan Scurry akhirnya terjumpa dengan Stesen Keju baru. Stesen keju tersebut lebih banyak, sedap dan lebih banyak jenis keju yang ada. Sniff dan Scurry sungguh gembira dan masih melakukan lerkara sama untuk bersedia sebarang perubahan.

Haw akhirnya belajar untuk berubah kerana dia percaya jika dia tidak berubah maka mereka akan kekal kelaparan sepanjang hari dan mereka akan pupus. "If we don't change, we will extinct". Akhirnya Haw mengajak Hem untuk mencari keju baru. Hem menolak dan Haw bergerak sendirian di Maze. Banyak yang Haw terfikir dan belajar sepanjang perjalanan mengenangkan kemungkinan 2 ekor tikus mungkin sudah memperolehi  keju tersebut. Apa-apa yang Haw belajar akan dicatatkan di sepanjang di dinding Maze dengn harapan Hem akan dapat mencarinya sekiranya dia berubah hati. Akhirnya Haw berjumpa dengan Stesen Keju baru yang ditemui Sniff dan Scurry yang lebih sedap, banyak dan pelbagai. 

Haw belajar untuk menghidu sebarang perubahan dan berani untuk berubah pada masa akan datang. Dia bersyukur dan mengharapkan sahabatnya untuk menjumpainya juga. 

Dalam 2, 3 hari kemudian, tiba-tiba, muncul seorang yang datang ke stesen tersebut...dia ialah...



 

Dalam dunia realiti, keempat-empat watak tersebut dipunyai oleh manusia. Ada manusia yang mudah untuk berubah dan ada yang sukar. Kebanyakkan manusia zaman sekarang adalah Hem dan Haw. Takut untuk membuat perubahan. Jadi nilai diri anda, anda di pihak yang mana?


No comments:

episodic memory

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...