Author

Friday, October 4, 2013

Takabur

Takabur berasal daripada perkataan bahasa arab bermaksud membesarkan atau sombong. Sifat ini antara sifat mazmumah yang dimiliki oleh iblis di zaman nabi Adam yang telah dirakamkan dalam ayat quran dalam surah al-Israa ayat 61

وَإِذْ قُلْنَا لِلْمَلَائِكَةِ اسْجُدُوا لِآدَمَ فَسَجَدُوا إِلَّا إِبْلِيسَ قَالَ أَأَسْجُدُ لِمَنْ خَلَقْتَ طِينًا

Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Kami berfirman kepada malaikat: Sujudlah kamu kepada Adam; maka mereka sujudlah melainkan iblis; dia berkata: Patutkah aku sujud kepada (makhluk) yang Engkau jadikan dari tanah (yang di adun)?


Iblis enggan untuk sujud pada nabi Adam kerana dia diciptakan daripada api manakala Adam diciptakan daripada tanah. Sifat angkuh kepada makhluk ini harus diambil iktibar oleh kita, janganlah kita angkuh, sombong dan takabur kepada makhluk lain kerana beza kita dan mereka hanyalah taqwa.

Mungkin kita tidak perasan satu perkara, kita yang bakal menjadi doktor, engineer, accountant, businessman dan apa-apa kerjaya yang profesional. Adakah pernah terdetik dalam hati kita bahawa kita lebih mulia darjat daripada mereka yang biasa? Astaghfirullah, hanya peringatan untuk diri ini dan para pembaca nauzubillah. Juga berkenaan dengan bangsa, bukanlah bangsa melayu itu lebih mulia daripada bangsa lain melainkan dengan taqwa berdasarkan surah Al-Hujurat ayat 13

إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِندَ اللهِ أَتْقَاكُمْ إِنَّ اللهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ.....

Dalam sebuah hadis 

وفي السنن عن النبي صلى الله عليه وسلم أنه قال : لا فضل لعربي على عجمي ، ولا لعجمي على عربي ، ولا لأبيض على أسود ، ولا لأسود على أبيض - : إلا بالتقوى ، الناس من آدم ، وآدم من تراب 

"Tiada kelebihan bagi orang arab ke atas orang selain arab, dan orang selain arab keatas orang arab, orang yang cerah pada yang gelap, orang gelap pada yang cerah melainkan taqwa."

Dalam hadis lain

“Tidak akan masuk neraka, orang yang di dalam hatinya ada seberat sebiji sawi darinya iman, dan tidak akan masuk syurga yang di dalam hatinya ada seberat biji sawi darinya sombong.” (Hadis riwayat Muslim dan Abu Daud)






    No comments:

    episodic memory

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...